Friday, November 28, 2014

PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK PERINGKAT 4-6 TAHUN.

DEFINISI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Mengikut Freud, pada peringkat ini kanak-kanak selalu memegang organ kejantinaan untuk mendapatkan kepuasan. Kanak-kanak telah mula mempunyai perasaan terhadap ibu bapa sendiri. Kanak-kanak lelaki terhadap ibu sendiri dan mudah berlaku konflik Oedipus sementara kanak-kanak perempuan berlaku konflik Elektra. Oleh itu ibu bapa mesti memainkan peranan penting dalam mengawal dan memenuhi perasaan supaya konflik tidak berlaku.
Pelbagai perkataan atau frasa digunakan merujuk kanak-kanak dan hubungannya dengan pendidikan dan penjagaan. Perkataan ‘pendidikan awal kanak-kanak’ diberi pelbagai takrif oleh pelbagai penulis. Misalnya, menurut Kostelnik dan rakan-rakan (1993) dalam Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah (2003) early childhood meliputi kanak-kanak sejak daripada lahir sehingga lapan tahun, iaitu kana-kanak sejak daripada lahir  sehingga lapan tahun, iaitu kanak-kanak di taman asuhan atau taman didikan, prasekolah dan sekolah rendah.





PERKEMBANGAN FIZIKAL, SOSIAL, DAN KOGNITIF KANAK-KANAK AWAL.
Pengetahuan berkaitan perkembangan kanak-kanak dapat membantu orang dewasa membuat pemerhatian ke atas penguasaan mereka. Pelbagai maklum balas dapat diguna pakai dalam membuat jangkaan masa hadapan atau langkah-langkah pencegahan  ke atas sebarang petanda negative kanak-kanak. Dengan itu, setiap kanak-kanak akan membesar mengikut perkembangan dengan kadar yang berbeza. Orang dewasa perlu memahami dan bersedia bagi memajukan aspek kekuatan dan membaiki kelemahan dalam diri kanak-kanak itu. Mudah –mudahan potensi setiap daripada mereka dapat dibangunkan ke tahap optimum (Putri Zabariah 2003). Perkembangan kanak-kanak dibincangkan seperti berikut:
·         Bahasa
·         Kognitif
·         Sosial
·         Sosioemosi
·         Fizikal
·         Kepintaran


Kadar pertumbuhan kanak-kanak adalah lebih perlahan berbanding dengan kadar pertumbuhan bayi. Kadar pertumbuhan bayi yang pesat kian berkurangan selepas bayi berusia 1 tahun. Selain peningkatan dari segi ketinggian dan berat badan, kanak-kanak juga mengalami perubahan dari segi bentuk badan dan rupa paras. Kanak-kanak yang berusia 6 tahun akan kelihatan lebih dewasa berbanding dengan kanak-kanak berusia 2 tahun dari segi bentuk badannya. Misalnya lapisan lemak yang tebal dalam badan bayi yang berusia satu tahun yang memberikan rupa bayi (babyish appearance) semakin berkurangan selepas usia bayi memasuki tahun kedua. Kanak-kanak yang berusia 6 tahun hanya memiliki 50% daripada lemak yang ada di badannya ketika berusia satu tahun. Selain perubahan dari segi kuantiti, taburan tisu lemak turut berubah hasil daripada pertumbuhan tulang dan otok yang pesat. Perubahan ini juga telah mengubah bentuk badan kanak-kanak. Misalnya, pinggang kanak-kanak berusia 6 tahun lebih kecil daripada bahu dan pehanya jika dibandingkan dengan bayi yang mempunyai pinggang yang sama dengan dada dan pehanya. Saiz pinggang bayi yang besar adalah disebabkan oleh ketebalan tisu lemak dan kadar pertumbuhan organ dalaman yang lebih cepat daripada bahagian-bahagian lain. Selain pinggang, kanak-kanak juga mempunyai saiz dan panjang kepala yang lebih seimbang jika dibandingkan dengan bayi. Panjang kepala bayi yang baru dilahirkan didapati meliputi satu perempat daripada keseluruhan ketinggiannya. Perubahan dari segi taburan tisu lemak, dan saiz kepala menyebabkan kanak-kanak 6 tahun lebih menyerupai orang dewasa jika dibandingkan mereka yang berusia 2 tahun yang masih menyerupai bayi. Kajian juga mendapati berat otak bayi yang berusia 2 tahun telah mencapai 75% daripada berat otak orang dewasa dan kanak-kanak yang berusia 5 tahun telah mencapai 90% daripada berat otak orang dewasa. Pada keseluruhannya, otak berkembang dengan paling pesat dan bahagian atas kepala (contoh: otak dan mata) berkembang lebih cepat berbanding dengan bahagian bawah (contoh: rahang dan dagu). Perkembangan fizikal dan motor kanak-kanak boleh dibincangkan berdasar dua peringkat perkembangan iaitu peringkat awal kanak-kanak (2 -3 tahun) dan kanak-kanak prasekolah (3-6 tahun) dan peringkat pertengahan kanak-kanak (6 -13 atau 14 tahun).

No comments:

Post a Comment