Friday, November 28, 2014

Perkembangan kepintaran dan bahasa pada anak

a.    Perkembangan Kepintaran 

Mereka boleh membezakan kiri dan kanan. Kemahiran bercakap dan menyatakan kehendak mereka berkembang dengan amat pantas. Kejayaan di sekolah adalah penting. Mereka bercakap tentang diri mereka dan keluarga kepada sesiapa sahaja. Ketika bermain, mereka belajar menggunakan perkataan-perkataan yang tepat dan bahasa yang mereka belajar di sekolah. Mereka mula memahami masa dan hari dalam seminggu. Mereka menyukai irama-irama dan lagu-lagu pelik dan jenaka. Tempoh tumpuan mereka semakin panjang. Mereka boleh mengikuti cerita-cerita yang lebih panjang. Mereka boleh belajar huruf dan perkataan. Selalunya pada umur 6 tahun, mereka sudah boleh membaca ayat-ayat mudah.
a.    Perkembangan Bahasa
Pengetahuan memahami perkembangan bahasa dan komunikasi perlu diketahui oleh semua guru. Perkembangan bahasa dan komunikasi adalah media pengantara yang digunakan oleh guru dan kanak-kanak di pra sekolah. Kefahaman dan pertuturan kanak-kanak berbeza mengikut kumpulan umur.pengetahuan ini penting untuk guru-guru memahami cara berinteraksi dengan kanak-kanak. Pengajaran akan lebih berkesan dengan mengaplikasikan pengetahuan yang sesuai dengan tahap keupayaan yang sesuai dengan tahap keupayaan kanak-kanak berbahasa dan berkomunikasi.


Lingkungan umur
Bidang Kemahiran: Sosial
4 hingga 5 tahun
·         Bermain dan berinteraksi dengan kanak-kanak lain.
·         Bermain drama lebih mirip keadaan sebenar dengan tumpuan perhatian pada perincian, masa dan tempat.
·         Bermain mengenakan pakaian.
·         Menunjukkan minat mengetahui perbezaan jantina.
5 hingga 6 tahun
·         Memilih rakan sendiri.
·         Bermain permainan meja yang mudah.
·         Bermain permainan berlawanan ataupun bersaing.
·         Bersama kanak-kanak lain bermain secara bekerjasama yang memerlukan kata sepakat dan menentukan tugas dengan adil.

Rumusan
Kesimpulannya, pengetahuan bagi mengenali kanak-kanak dalam pelbagai aspek dapat memberi panduan kepada guru dan ibu bapa. Di samping itu, ia dapat membantu meningkatkan perkembangan kanak-kanak ke tahap yang seterusnya melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang akan dilaksanakan di tadika.

No comments:

Post a Comment