Friday, November 28, 2014

Perkembangan Sosio - Emosi pada anak

Mereka memikir tentang diri mereka lebih dari tentang orang lain sehingga umur mereka 7 hingga 8 tahun. Mereka selesa bermain dalam kumpulan tetapi  kadang-kandang memerlukan masa bermain bersendirian. Ramai kanak-kanak punyai seorang kawan karib dan musuh permainan. Mereka lebih selesa bermain bersama kanak-kanak yang sama jantina. Mereka selalu mengacum sesame mereka. Mereka lakukan ini kerana 2 sebab; membantu mereka memahami peraturan dan mendapat perhatian orang dewasa. Mereka tidak menyukai kritikan dan kegagalan. Paling baik adalah untuk membuatkan mereka bersaing dengan diri sendiri, bukan dengan kanak-kanak lain. Mereka boleh menolong untuk tugasan-tugasan mudah. Mereka berkehendakkan kasih-sayang daripada ibu bapa. Mereka mula memahami perasaan dan kehendak orang lain. Mereka mungkin mula pandai bermain atau menjaga kanak-kanak lebih mudaBagi mereka, baik dan buruk adalah apa yang ibu bapa dan guru mereka gariskan. Mereka mula memahami tentang kejujuran, membina cita rasa jenaka dan mula berminat dengan irama-irama yang pelik. Mereka akan kecewa jika kelakuan atau kerja sekolah mereka dikritik atau tidak dipedulikan.


Lingkungan umur
Bidang Kemahiran : Bantu Diri
4 hingga 5 tahun
·         Memotong makanan yang mudah dengan pisau.
Contohnya: Timun, ubi kentang, dan kepingan tomato.
·         Mengikat tali kasut.
5 hingga 6 tahun
·         Mengenakan pakaian dengan lengkap.
·         Mengikat reben.
·         Menggosok gigi tanpa bantuan.
·         Melintas jalan raya dengan selamat.
Lingkungan umur
Bidang Kemahiran: Sosial
4 hingga 5 tahun
·         Bermain dan berinteraksi dengan kanak-kanak lain.
·         Bermain drama lebih mirip keadaan sebenar dengan tumpuan perhatian pada perincian, masa dan tempat.
·         Bermain mengenakan pakaian.
·         Menunjukkan minat mengetahui perbezaan jantina.
5 hingga 6 tahun
·         Memilih rakan sendiri.
·         Bermain permainan meja yang mudah.
·         Bermain permainan berlawanan ataupun bersaing.
·         Bersama kanak-kanak lain bermain secara bekerjasama yang memerlukan kata sepakat dan menentukan tugas dengan adil.

No comments:

Post a Comment