Friday, November 28, 2014

Perkembangan Sosio - Emosi pada anak

Mereka memikir tentang diri mereka lebih dari tentang orang lain sehingga umur mereka 7 hingga 8 tahun. Mereka selesa bermain dalam kumpulan tetapi  kadang-kandang memerlukan masa bermain bersendirian. Ramai kanak-kanak punyai seorang kawan karib dan musuh permainan. Mereka lebih selesa bermain bersama kanak-kanak yang sama jantina. Mereka selalu mengacum sesame mereka. Mereka lakukan ini kerana 2 sebab; membantu mereka memahami peraturan dan mendapat perhatian orang dewasa. Mereka tidak menyukai kritikan dan kegagalan. Paling baik adalah untuk membuatkan mereka bersaing dengan diri sendiri, bukan dengan kanak-kanak lain. Mereka boleh menolong untuk tugasan-tugasan mudah. Mereka berkehendakkan kasih-sayang daripada ibu bapa. Mereka mula memahami perasaan dan kehendak orang lain. Mereka mungkin mula pandai bermain atau menjaga kanak-kanak lebih muda. Bagi mereka, baik dan buruk adalah apa yang ibu bapa dan guru mereka gariskan. Mereka mula memahami tentang kejujuran, membina cita rasa jenaka dan mula berminat dengan irama-irama yang pelik. Mereka akan kecewa jika kelakuan atau kerja sekolah mereka dikritik atau tidak dipedulikan.


Lingkungan umur
Bidang Kemahiran : Bantu Diri
4 hingga 5 tahun
·         Memotong makanan yang mudah dengan pisau.
Contohnya: Timun, ubi kentang, dan kepingan tomato.
·         Mengikat tali kasut.
5 hingga 6 tahun
·         Mengenakan pakaian dengan lengkap.
·         Mengikat reben.
·         Menggosok gigi tanpa bantuan.
·         Melintas jalan raya dengan selamat.
Lingkungan umur
Bidang Kemahiran: Sosial
4 hingga 5 tahun
·         Bermain dan berinteraksi dengan kanak-kanak lain.
·         Bermain drama lebih mirip keadaan sebenar dengan tumpuan perhatian pada perincian, masa dan tempat.
·         Bermain mengenakan pakaian.
·         Menunjukkan minat mengetahui perbezaan jantina.
5 hingga 6 tahun
·         Memilih rakan sendiri.
·         Bermain permainan meja yang mudah.
·         Bermain permainan berlawanan ataupun bersaing.
·         Bersama kanak-kanak lain bermain secara bekerjasama yang memerlukan kata sepakat dan menentukan tugas dengan adil.

No comments:

Post a Comment