Friday, November 28, 2014

Perkembangan motorik

Apabila kanak-kanak mencapai usia 2 tahun, mereka bukan hanya boleh berjalan, tetapi juga boleh melakukan pelbagai aktiviti motor seperti mengutip benda, menyusun blok, membuka tali kasut dan sebagainya. Kemahiran motor ini boleh dibahagikan kepada kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus. Perkembangan motor kanak-kanak pada peringkat ini memperlihatkan koordinasi yang baik antara otak dengan mata. Kanak-kanak juga mempunyai keupayaan untuk berdikari seperti boleh melakukan sendiri pelbagai tugasan harian seperti makan dan pakai baju. Kemahiran motor kasar dan motor halus yang telah dikuasai oleh kanak-kanak boleh dijelaskan seperti berikut:
i)     2 – 3 umur ( tahun )
melompat dan berlari ulang-alik menunjukkan tahap aktiviti yang paling tinggi
Suka menconteng, mendiskriminasi objek tetapi tidak boleh melukis objek
ii)    3 – 5 umur ( tahun )
memanjat, menendang bola dan menunggang basikal kecil
Memegang gelas dengan sebelah tangan, mengutip objek, menyusun blok secara menegak, membuka tali kasut, makan dengan menggunakan sudu, menuang air dari bekas, dan boleh menyalin bulatan dan melukis garisan lurus
iii)   4 – 5 umur ( tahun )
melakukan aktiviti fizikal yang lebih mencabar dan lasak seperti memanjat tangga dengan sebelah kaki menunjukkan kebolehan luar biasa di taman permainan dan melakukan aksi gimnastik yang mudah. Melukis bentuk yang mudah, menulis huruf yang besar dan menggunakan gunting untuk memotong.
iv)   5 tahun dan ke atas

lari dengan lebih laju dan suka berlumba lari dengan rakan. Boleh melompat sejauh 3 kaki dan setinggi 1 kaki. Boleh melompat dengan sebelah kaki dan melakukan gerakan kaki seperti bermula, berpusing dan berhenti dengan berkesan.
Boleh berjalan atas palang, melontar dan menangkap bola. Menarik zip, membutang baju, membina rumah dengan blok, mengikat tali kasut, melukis atau menyalin bentuk, contohnya segi empat, tetapi tidak boleh melukis bentuk diamond kerana tidak simetri.

No comments:

Post a Comment