a. Perkembangan
fizikal.
Abi
(2009) menyatakan bahawa kanak-kanak berumur empat tahun boleh berlari
menggunakan hujung kaki dan berlari dengan sekuat hati. Mereka boleh bergantungan
di ‘monkey bar’, melompat dengan satu
kaki dan ‘rope skipping’ serta boleh
membaling bola. Pada umur begini otot-otot kecil mereka lebih banyak yang boleh
dikawal. Selain itu, mereka juga boleh melukis secara kasar untuk menggambarkan
objek tertentu. Purata kadar pertumbuhan fizikal
kanak-kanak pada peringkat ini ialah 2½ inci dan 5 hingga 7 inci setahun.
Kanak-kanak perempuan adalah lebih ringan dan lebih kecil berbanding dengan
kanak-kanak lelaki. Misalnya purata ketinggian dan berat badan bagi kanak-kanak
perempuan yang berusia 3 tahun ialah antara 35.5 hingga 40 inci dan 25.5 hingga
36.5 lb, manakala kanak-kanak lelaki pada usia yang sama mempunyai purata
ketinggian lebih kurang 36 hingga 41 inci dan berat antara 27 hingga 38 lb.
Pertambahan berat tahunan agak tekal dan kemudian beransur kurang sehingga
mencapai umur baligh. Kanak-kanak baik lelaki mahupun perempuan kelihatan
langsing (slim down) apabila mencapai usia pra sekolah kerana badan menjadi
panjang walaupun kepala masih kelihatan lebih besar daripada badan. Pada akhir
peringkat prasekolah badan kanak-kanak kelihatan lebih seimbang dan kandungan
lemak menurun, oleh itu rupanya tidak lagi kelihatan tembam. Kanak-kanak
perempuan didapati mempunyai lebih banyak tisu otot lemak berbanding dengan kanak-kanak
lelaki yang mempunyai lebih banyak tisu otot. Pertumbuhan dan perkembangan
fizikal seperti tinggi, berat, dan kekuatan adalah berbeza mengikut individu.
Perbezaan ini adalah kesan daripada pengaruh faktor perwarisan dan persekitaran
seperti nutrisi, status sosio-ekonomi, dan penjagaan. Menurut Meredith (1978),
dua faktor penyumbang yang penting kepada ketinggian ialah etnik dan nutrisi.
Masalah seperti mulnutrisi dan jangkitan penyakit yang kronik boleh
membantutkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Pertumbuhan yang lambat
boleh mendatangkan masalah kepada kanak-kanak dari segi social dan psikologi
seperti rendah diri, kecewa dan masalah persahabatan.
Tumbesaran mereka adalah perlahan tetapi
berterusan. Mereka telah mahir mengawal otot-otot penting. Kebanyakan mereka
sudah mempunyai deria pengimbangan yang baik. Mereka boleh berdiri dan berjalan
di atas kayu palang-pengimbang. Mereka suka melakukan persembahan berbentuk
fizikal, seperti bergantungan di ‘monkey bar’ dan menggunakan
‘walking turtle’. Mereka berasa gembira menguji kekuatan dan kemahiran otot.
Mereka suka melakukan lompat tali atau ‘skipping’, berlari, bergulingan, dan
menari bersama muzik. Mereka boleh menangkap bola kecil, mengendali butang dan
zip pakaian. Mereka boleh belajar mengikat tali kasut, menulis nama,
meniru lakaran dan bentuk termasuk nombor dan huruf. Mereka menggunakan sudu-
garfu dan alatan dengan betul dengan pantauan
Lingkungan
umur
|
Pergerakan:
Motor Kasar
|
4 hingga 5 tahun
|
·
Berjalan ke belakang
·
Melompat ke hadapan 10
kali tanpa terjatuh.
·
Naik dan turun tangga
bersendirian.
·
Menggolekkan badan.(somersault)
|
5 hingga 6 tahun
|
·
Berlari perlahan secara
berjinjit.
·
Berjalan di atas palang
kayu.
·
Boleh melompat-lompat
sejauh 2 meter.
·
Skipping
menggunakan satu kaki bergilir-gilir.
|
Lingkungan
umur
|
Pergerakan:
Motor Halus
|
4 hingga 5 tahun
|
·
Memotong mengikut garis
berterusan.
·
Meniru symbol tambah.(+)
·
Meniru bentuk segi empat.
·
Menulis beberapa huruf
besar.
|
5 hingga 6 tahun
|
·
Memotong bentuk-bentuk
yang mudah.
·
Meniru bentuk segi tiga.
·
Menyurih bentuk berlian.
·
Meniru tulisan namanya.
·
Menulis angka satu hingga
lima.
·
Mewarna dalam garisan yang
diberikan.
·
Memegang pensel seperti
orang dewasa.
·
Ketepatan penggunaan
tangan kanan ataupun kiri
(
kidal).
·
Menampal dan mengegam
dengan betul.
|
No comments:
Post a Comment