Kanak-kanak
mentafsir pengalaman mengikut peringkat perkembangan mental mereka. Bukan
sahaja mereka kurang berpengalaman secara kuantitatif tetapi pengetahuan mereka
berbeza dari segi kualitatif. Perkembangan kognitif kanak-kanak merangkumi
zaman awal kanak-kanak dan pertengahan kanak-kanak. Tetapi di sini kita hanya
menitik beratkan zaman awal kanak-kanak.
Alam kognitif awal kanak-kanak atau kanak-kanak pra sekolah adalah kreatif, bebas dan imaginatif, contohnya mereka melukis manusia menyerupai orang-orangan (scarecrow). Kanak-kanak peringkat ini juga terlalu egosentrik dari segi pemikiran. Mereka melihat persekitaran mereka melalui perspektif diri mereka dan belum berupaya melihat melalui perspektif orang lain. Menurut Piaget kanak-kanak akan menggunakan konsep yang sedia ada untuk mentafsir idea atau pengalaman baru melalui proses asimilasi dan proses akomodasi iaitu apabila kanak-kanak mengubah suai konsep sedia ada kepada idea atau pengalaman baru untuk menjadi lebih bermakna tambah Piaget lagi, perkembangan kognitif kanak-kanak berlaku kerana proses adaptasi iaitu interaksi antara asimilasi dan akomodasi. Konsep ini menjadi lebih luas melalui asimilasi dan diubahsuai melalui akomodasi. Menurut Spodek et al. (1987), kognitif merujuk pada intelek atau pemikiran individu. Perkembangan kognitif memfokuskan kepada cara kanak-kanak belajar dan memproses maklumat iaitu suatu proses memperkembangkan daya fikir atau membina pengetahuan kanak-kanak.
Jean Piaget merupakan ahli psikologi yang menyatakan kanak-kanak berfikir berbeza daripada orang dewasa. Beliau melihat pemikiran sebagai proses sedar dan memberi penekanan kepada peringkat perkembangan yang berkait rapat dengan pematangan. Menurut Piaget perkembangan kognitif kanak-kanak awal ini di beri konsep sebagai pemikiran pra-olahan:
i. Semulajadi:
Permulaan kebolehan
menyusun semula dalam pemikiran apa yang telah dibina dari segi tingkah laku,
dan peralihan penggunaan simbol daripada primitif kepada yang lebih sofistikated. Belum lagi
boleh berfikir dari segi olahan.
ii. Sub peringkat fungsi simbolik:
Sub peringkat ini
berlaku lebih kurang pada umur 2 dan 4 tahun dan menggambarkan sifat pemikiran
simbolik, egosentrik dan animisme
iii. Sub peringkat pemikiran intuitif:
iii. Sub peringkat pemikiran intuitif:
Kanak-kanak berumur antara 4
dan 7 tahun. Intuitif kerana kanak-kanak
kelihatan amat yakin dengan pengetahuan mereka. Tetapi tidak tahu
bagaimana mereka mengetahuinya. Menyoal tidak berkesudahan dan kurang
pengetahuan dari segi ketekalan.
Umur 5,6 dan 7
tahun
Kanak-kanak berumur 5,
6 dan 7 tahun selalunya amat teruja untuk memulakan persekolahan dan
tanggungjawab baru mereka, kecuali sebilangan kecil kanak-kanak yang sebelumnya
tidak dibiasakan dengan berkawan di Taska atau tadika.
Pada umur begini, ibu bapa
adalah insan yang paling penting di dalam hidup mereka. Adalah penting untuk
menentukan had-had yang dibenarkan dan memastikan mereka tahu apa
yang diharapkan daripada mereka. Lakukan dengan dengan suara yang lembut,
sabar, jelas dan konsisten. Setiap kanak-kanak perlu berasa istimewa dan
diambil berat dalam jagaan anda. Kanak-kanak pada usia begini sangat menggembirakan
hati. Mereka suka menjadikan diri mereka berguna kepada orang-orang dewasa.
Lingkungan umur
|
Bidang Kemahiran
|
4
hingga 5 tahun
|
·
Bermain
dengan perkataan seperti mencipta pantun sendiri, menyebut atau mereka
perkataan yang sama bunyi.
·
Menunjuk
atau menamakan enam jenis warna.
·
Memadankan
gambar-gambar lazim seperti kasut, stoking, kaki, rambutan, durian
ataupun pisang.
·
Melukis
rajah manusia dengan dua hingga enam anggota yang dapat dicam seperti kepala,
kaki dan tangan. Dapat menamakan ataupun memadan anggota yang dilukis dengan
anggotanya sendiri.
·
Melukis,
menamakan, dan menjelaskan gambar yang biasa.
·
Menghafal
angka hingga lima, meniru orang biasa.
·
Mengetahui
nama jalan dan Bandar tempat tinggal.
·
Memiliki
tumpuan perhatian lebih lama. Belajar melalui pemerhatian dan mendengar orang
dewasa serta melalui penerokaan. Mudah terganggu.
·
Memahami
sebahagian ataupun seluruh hubungan konsep, fungsi, dan masa. Fungsi atau
kegunaan objek disebut di samping menamakannya.
·
Pemahaman
konsep berkaitan masa bertambah. Boleh bercakap berkenaan semalam ataupun
minggu lepas ( masa lampau), hari ini, dan apa yang berlaku esok.
|
5
hingga 6 tahun
|
·
Menceritakan
semula daripada buku bergambar dengan tepat.
·
Menamakan
beberapa huruf dan angka.
·
Mengira
secara hafalan satu hingga sepuluh.
·
Mengasingkan
objek mengikuti cirri seperti mengikut warna, bentuk ataupun saiz.
|
No comments:
Post a Comment