Perkembangan sosial
merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi
dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat
serta budaya. Hal ini kerana perkembangan sosial melibatkan proses sosialisasi
yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan
penyesuaian sosial mereka. Mereka juga mempelajari peraturan-peraturan sosial
yang diamalkan oles sesuatu kumpulan sosial. Contohnya, mereka mempelajari cara
pemaparan emosi yang sesuai, dan cara mentafsir tingkah laku dan pernyataan
emosi orang lain dengan tepat. Proses sosialisasi ini pula ditentukan oleh
konteks budaya. Tingkah laku sosial yang sesuai bagi sesuatu budaya mungkin
dianggap tidak sesuai bagi budaya yang lain. Namun demikian, terdapat banyak
tingkah laku sosial yang bersifat universal dan merentasi pelbagai kumpulan
etnik dan budaya. Perkembangan sosial ini dapat dikaitkan dengan teori yang
dikemukakan oleh Erik Erikson yang dikenali dengan Teori Perkembangan
Psikososial Erikson. Erikson menerangkan perkembangan sosial manusia sebagai
satu siri perkembangan yang terdiri daripada lapan peringkat dan setiap
peringkat mengandungi kecenderungan atau keinginan yang berkonflik. Erikson
menyatakan peringkat ini kanak-kanak berada pada tahap Berdaya Tindak lawan
Rasa Bersalah, iaitu:
i. Pembentukan kesedaran kendiri melalui identifikasi dengan ibu bapa dan kesedaran tentang tanggungjawab atas tindakan sendiri.
ii. Kecekapan yang
diperlukan ialah pembentukan kesedaran tentang daya usaha dan daya tindak
tetapi masih wujud keinginan untuk mengekalkan keselesaan dan keselamatan yang
diperoleh dengan menerima kawalan dan tanggungjawab daripada orang dewasa. Dalam
pembentukan kesedaran ini ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam
memberi sokongan terutama dalam identifikasi
No comments:
Post a Comment