Mereka memikir tentang
diri mereka lebih dari tentang orang lain sehingga umur mereka 7 hingga 8
tahun. Mereka selesa bermain dalam kumpulan tetapi kadang-kandang
memerlukan masa bermain bersendirian. Ramai kanak-kanak punyai seorang kawan
karib dan musuh permainan. Mereka lebih selesa bermain bersama kanak-kanak yang
sama jantina. Mereka selalu mengacum sesame mereka. Mereka lakukan ini
kerana 2 sebab; membantu mereka memahami peraturan dan mendapat perhatian orang
dewasa. Mereka tidak menyukai kritikan dan kegagalan. Paling baik adalah untuk
membuatkan mereka bersaing dengan diri sendiri, bukan dengan kanak-kanak lain. Mereka
boleh menolong untuk tugasan-tugasan mudah. Mereka berkehendakkan kasih-sayang
daripada ibu bapa. Mereka mula memahami perasaan dan kehendak orang lain.
Mereka mungkin mula pandai bermain atau menjaga kanak-kanak lebih muda. Bagi mereka, baik dan
buruk adalah apa yang ibu bapa dan guru mereka gariskan. Mereka mula memahami
tentang kejujuran, membina cita rasa jenaka dan mula berminat dengan
irama-irama yang pelik. Mereka akan kecewa jika kelakuan atau kerja sekolah
mereka dikritik atau tidak dipedulikan.
Lingkungan
umur
|
Bidang
Kemahiran : Bantu Diri
|
4 hingga 5 tahun
|
·
Memotong makanan yang
mudah dengan pisau.
Contohnya:
Timun, ubi kentang, dan kepingan tomato.
·
Mengikat tali kasut.
|
5 hingga 6 tahun
|
·
Mengenakan pakaian dengan
lengkap.
·
Mengikat reben.
·
Menggosok gigi tanpa
bantuan.
·
Melintas jalan raya dengan
selamat.
|
Lingkungan
umur
|
Bidang
Kemahiran: Sosial
|
4 hingga 5 tahun
|
·
Bermain dan berinteraksi
dengan kanak-kanak lain.
·
Bermain drama lebih mirip
keadaan sebenar dengan tumpuan perhatian pada perincian, masa dan tempat.
·
Bermain mengenakan
pakaian.
·
Menunjukkan minat
mengetahui perbezaan jantina.
|
5 hingga 6 tahun
|
·
Memilih rakan sendiri.
·
Bermain permainan meja
yang mudah.
·
Bermain permainan
berlawanan ataupun bersaing.
·
Bersama kanak-kanak lain
bermain secara bekerjasama yang memerlukan kata sepakat dan menentukan tugas
dengan adil.
|
No comments:
Post a Comment